PENGENALAN
Pergerakan Kepanduan yang lebih dikenali 'Pandu Puteri' bukan sahaja popular di kalangan pelajar,tetapi juga golongan remaja dan dewasa di negara ini.Hakikat ini dapat dibuktikan dengan penyertaan yang telah menjangkau hampir 100 000 orang pada masa kini.Di Malaysia,Persatuan Pandu Puteri (PPPM) merupakan sebuah pertubuhan yang bergabung dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).PPM menyediakan progaram kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal.Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan kaedah yang fleksibel,ceria, dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan dari peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat dewasa.
Asas pergerakan ini bertujuan membentuk generasi muda agar menjadi insan yang baik budi pekerti,berdisiplin dan sanggup berbakti dengan luhur kepada agama,negara dan masyarakat di sekelilingnya.Aktiviti-aktiviti yang merangkumi pelbagai kemahiran yang terkandung dalam Pergerakan Pandu Puteri ini mudah diikuti dan secara keseluruhannya dapat menarik minat setiap individu yang menyertai serta mengeratkan perpaduan kaum di
negara ini.
SEJARAH PENGASAS GERAKAN KEPANDUAN DUNIA
Sejarah penubuhan Gerakan Pandu Puteri di dunia seiring dengan perkembangan Pergerakan Pengakap.Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap oleh Lord Baden Powell pada tahun 1908,pengaruh Lord Baden Powell semakin meluas di kalangan kanak-kanak.
Lord Baden Powell dilahirkan pada 22 Februari 1857 di London dalam suasana keluarga yang sederhana.Bapanya telah meninggal dunia sejak Baden Powell masih kecil.Abangnya,Warington berjaya memasuki latihan kapal laut semasa berusia 13 tahun.Bertitik tolak dari sinilah dengan mengikuti abangnya,Baden Powell turut dapat belajar sedikit demi sedikit tentang ilmu pelayaran,kemahiran berkhemah dan memasak.
Lady Baden Powell |
SEJARAH HIDUP LADY BADEN POWELL
Lady Baden Powell merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengembangkan Pergerakan Pandu Puteri ini.Nama sebenarnya ialah Olave St. Clair Soames yang dilahirkan pada 22 Februari 1889.Beliau kurang berpuas hati dengan kehidupannya yang terkongkong daripada melakukan aktiviti lasak kerana beliau dilahirkan dalam keluarga yang berada.Beliau inginkan kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya dalam melakukan kerja-kerja amal.
Pada tahun 1912,sewaktu melakukan pelayaran dengan kapal laut ke S.S.Arcadian,beliau telah berkenalan dengan Baden Powell yang seterusnya berakhir dengan perkahwinan.
Pada tahun 1916,Lord Baden Powell telah menubuhkan Pergerakan Pandu Puteri dan Lady Baden Powell telah dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri.
Pada tahun 1918-1919,Lady Baden Powell telah menubuhkan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa yang bertanggungjawab secara langsung terhadap Pergerakan Pandu Puteri di tanah jajahan takluk Britain yang kemudiannya dikenali sebagai Persatuan Komanwell.Majlis Antarabangsa pula bertanggungjawab sebagai badan perantaraan antara Persatuan Pandu Puteri di sesebuah negeri dengan Persatuan Pandu Puteri di negara-negara lain.Kini Majlis Antarabangsa dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia(WAGGGS).
Pada tahun 1970,beliau telah disahkan menghidap penyakit kencing manis.Dalam keadaan sedemikian,lawatan dan pengembaraan beliau mula dikurangkan dan akhirnya dihentikan terus.Beliau sekadar menyumbang kata-kata perangsang kepada ahli-ahli Pergerakan Pandu Puteri yang sempat menemuinya.Lady Baden Powell akhirnya meninggal dunia pada tahun 1977 dalam usia 88 tahun.
Pemergiannya amat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat dunia.Kata-kata beliau yang sering dijadikan perangsang,,
kita patut berusaha mewujudkan semangat persaudaraan yang telen.Selapas itu kita perlu semangat keazaman untuk mengatasi sebarang kesulitan,termasuk perkara yang kita tidak suka dan perkara yang berbahaya.Tetapi yang paling utama ialah,kita boleh memupuk di kalangan ahli pergerakan yang kita cintai ini semangat perpaduan yang tidak mengenal batasan bangsa.
SEJARAH KEPANDUAN DI MALAYSIA
'Be Prepared' atau 'Selalu Sedia' merupakan cogan kata dan kata-kata semangat yang menjadi slogan kepada seluruh ahli Pandu Puteri.Cogan kata ini menunjukkan bahawa seseorang ahli Pandu Puteri itu telah menjiwai isi kandungan,matlamat serta hala tuju Pergerakan Pandu Puteri.
Gerakan kepanduan di Malaysia bermula pada tahun 1917.Kepanduan ini diperkenalkan oleh seorang guru muda iaitu Cik Ballard yang mengajar di Sekolah Methodist,Kuala Lumpur.Beliau mula memperkenalkan gerakan kepanduan ini kepada murid-muridnya melalui sehelai risalah.Risalah ini dibawa beliau dari England.
Cik Ballard telah menubuhkan satu pasukan Pandu Puteri di sekolah tersebut iaitu Cik Marble Marsh telah memberi dorongan yang kuat kepadanya.Ahli pertama Pandu Puteri terdiri daripada murid-murid darjah tinggi.Cik Dorothy Prudy telah dilantik menjadi kapten pasukan tersebut.Beliau dibantu oleh 3 orang pegawai berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford,Cik King dan Cik Pykett.
CARA HORMAT DAN COGAN KATA PANDU PUTERI

1.Cara Hormat Pandu Puteri
Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti hormat Pengakap.Semasa memberi hormat ini,tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia. 2.Maksud Hormat Pandu Puteri
3.Penggunaan Hormat Pandu Puteri
4.Cogan Kata "Selalu Sedia" merupakan cogan kata Pandu Puteri.Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan. |