create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Monday, 25 April 2011

PERGERAKAN PANDU PUTERI

PENGENALAN

Pergerakan Kepanduan yang lebih dikenali 'Pandu Puteri' bukan sahaja popular di kalangan pelajar,tetapi juga golongan remaja dan dewasa di negara ini.Hakikat ini dapat dibuktikan dengan penyertaan yang telah menjangkau hampir 100 000 orang pada masa kini.Di Malaysia,Persatuan Pandu Puteri (PPPM) merupakan sebuah pertubuhan yang bergabung dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).PPM menyediakan progaram kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal.Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan kaedah yang fleksibel,ceria, dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan dari peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat dewasa.

Asas pergerakan ini bertujuan membentuk generasi muda agar menjadi insan yang baik budi pekerti,berdisiplin dan sanggup berbakti dengan luhur kepada agama,negara dan masyarakat di sekelilingnya.Aktiviti-aktiviti yang merangkumi pelbagai kemahiran yang terkandung dalam Pergerakan Pandu Puteri ini mudah diikuti dan secara keseluruhannya dapat menarik minat setiap individu yang menyertai serta mengeratkan perpaduan kaum di  
  negara ini.

SEJARAH PENGASAS GERAKAN KEPANDUAN DUNIA

Sejarah penubuhan Gerakan Pandu Puteri di dunia seiring dengan perkembangan Pergerakan Pengakap.Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap oleh Lord Baden Powell pada tahun 1908,pengaruh Lord Baden Powell semakin meluas di kalangan kanak-kanak.
 Lord Baden Powell dilahirkan pada 22 Februari 1857 di London dalam suasana keluarga yang sederhana.Bapanya telah meninggal dunia sejak Baden Powell masih kecil.Abangnya,Warington berjaya memasuki latihan kapal laut semasa berusia 13 tahun.Bertitik tolak dari sinilah dengan mengikuti abangnya,Baden Powell turut dapat belajar sedikit demi sedikit tentang ilmu pelayaran,kemahiran berkhemah  dan memasak.

Lady Baden Powell


SEJARAH HIDUP LADY BADEN POWELL

Lady Baden Powell merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengembangkan Pergerakan Pandu Puteri ini.Nama sebenarnya ialah Olave St. Clair Soames yang dilahirkan pada 22 Februari 1889.Beliau kurang berpuas hati dengan kehidupannya yang terkongkong daripada melakukan aktiviti lasak kerana beliau dilahirkan dalam keluarga yang berada.Beliau inginkan kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya dalam melakukan kerja-kerja amal.
Pada tahun 1912,sewaktu melakukan pelayaran dengan kapal laut ke S.S.Arcadian,beliau telah berkenalan dengan Baden Powell yang seterusnya berakhir dengan perkahwinan.
Pada tahun 1916,Lord Baden Powell telah menubuhkan Pergerakan Pandu Puteri dan Lady Baden Powell telah dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri.
Pada tahun 1918-1919,Lady Baden Powell telah menubuhkan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa yang bertanggungjawab secara langsung terhadap Pergerakan Pandu Puteri di tanah jajahan takluk Britain yang kemudiannya dikenali sebagai Persatuan Komanwell.Majlis Antarabangsa pula bertanggungjawab sebagai badan perantaraan antara Persatuan Pandu Puteri di sesebuah negeri dengan Persatuan Pandu Puteri di negara-negara lain.Kini Majlis Antarabangsa dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia(WAGGGS). 
Pada tahun 1970,beliau telah disahkan menghidap penyakit kencing manis.Dalam keadaan sedemikian,lawatan dan pengembaraan beliau mula dikurangkan dan akhirnya dihentikan terus.Beliau sekadar menyumbang kata-kata perangsang kepada ahli-ahli Pergerakan Pandu Puteri yang sempat menemuinya.Lady Baden Powell akhirnya meninggal dunia pada tahun 1977 dalam usia 88 tahun.
Pemergiannya amat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat dunia.Kata-kata beliau yang sering dijadikan perangsang,,

kita patut berusaha mewujudkan semangat persaudaraan yang telen.Selapas itu kita perlu semangat keazaman untuk mengatasi sebarang kesulitan,termasuk perkara yang kita tidak suka dan perkara yang berbahaya.Tetapi yang paling utama ialah,kita boleh memupuk di kalangan ahli pergerakan yang kita cintai ini semangat perpaduan yang tidak mengenal batasan bangsa.


SEJARAH KEPANDUAN DI MALAYSIA

'Be Prepared'  atau 'Selalu Sedia'  merupakan cogan kata dan kata-kata semangat yang menjadi slogan kepada seluruh ahli Pandu Puteri.Cogan kata ini menunjukkan bahawa seseorang ahli Pandu Puteri itu telah menjiwai isi kandungan,matlamat serta hala tuju Pergerakan Pandu Puteri.
Gerakan kepanduan di Malaysia bermula pada tahun 1917.Kepanduan ini diperkenalkan oleh seorang guru muda iaitu Cik Ballard yang mengajar di Sekolah Methodist,Kuala Lumpur.Beliau mula memperkenalkan gerakan kepanduan ini kepada murid-muridnya melalui sehelai risalah.Risalah ini dibawa beliau dari England.
Cik Ballard telah menubuhkan satu pasukan Pandu Puteri di sekolah tersebut iaitu Cik Marble Marsh telah memberi dorongan yang kuat kepadanya.Ahli pertama Pandu Puteri terdiri daripada murid-murid darjah tinggi.Cik Dorothy Prudy telah dilantik menjadi kapten pasukan tersebut.Beliau dibantu oleh 3 orang pegawai berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford,Cik King dan Cik Pykett.

CARA HORMAT DAN COGAN KATA PANDU PUTERI

1.Cara Hormat Pandu Puteri

Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti hormat Pengakap.Semasa memberi hormat ini,tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia.


2.Maksud Hormat Pandu Puteri

  • Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri
  • Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah
3.Penggunaan Hormat Pandu Puteri

  • Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri,raja-raja,pembesar-pembesar negara dan negeri,pemimpin Pandu Puteri negara,negeri,daerahdan kumpulan
  • Semasa menerima hadiah dan kurniaan
  • Semasa istiadat mengibar bendera
  • Semasa memberi penghormatan kepada jenazah
4.Cogan Kata

"Selalu Sedia" merupakan cogan kata Pandu Puteri.Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan.

LENCANA PANDU PUTERI DUNIA


           
Tanda/Simbol
Maksud
1.Trefoil( tiga cabang )
*Warna Emas Trefoil
  • Ikrar Pandu Puteri
  • Matahari yang bersinar-sinar di langit biru
2.Bintang-bintang pada cabang trefoil
  • Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri
3.Jalur
  • Jarum kpmpas sebagai penunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri
4.Tapak
  • Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri
                              
LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA


Tanda/Simbol
Maksud
1.Trefoil
  • Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri
2.Bintang pecah empat belas
  • 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar
BENDERA DUNIA


BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA




PERSETIAAN PANDU PUTERI


Bahawa dengan sesungguhnya
Saya berjanji dan bersetia 
Dengan sedaya upaya
Menunaikan kewajipan saya
Kepada Tuhan 
Raja dan Negara saya Malaysia 
Menolong orang setiap masa
Mematuhi undang-undang
Pandu Puteri

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI

1.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia.
2.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai.
3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain.
4.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun.
5.Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain.
6.Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang hidup.
7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 
8.Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan.
9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran,perkataan dan perbuatan.

LAGU DUNIA


Arah kita jelas ke depan 
Bendera berkibar
Tidak berlipat di dunia 
Harapan abadi
Bersatu untuk kebenaran
Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada 
Akan nyanyi lagu iniYang cintakan kebenaran
Menegakkan janji
Dengan rela berjasa
Setia abadi
Kebebasan kita tepati
Bersedia sama
Untuk semua miskin kaya
Kita beri yang terdaya

TAP SIANG

Kami puji nikmat diberi
Matahari, bintang-bintang, langit biru
Mana pergi hidup kami
Tuhan saksi

Thanks and praise for our days
Neath the sun, neath the stars, neath the sky
As we go, this we know
God is nigh

TAP MALAM

Malam datang siang hilang
Dari laut, dari gunung, dari langit
Semua selamat, sihat rehat
Berkat tuhan

Day is done gone the sun
From the sea, from the hills, from the sky
All is well, safety rest
God is nigh

Malam datang siang hilang
Dari laut, dari gunung, dari langit
Semua selamat, sihat rehat
Berkat tuhan

Day is done gone the sun
From the sea, from the hills, from the sky
All is well, safety rest
God is nigh

AHLI JAWATANKUASA

https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/pub?hl=en&hl=en&key=0AhKR9z4R5_iZdDdrSDNYWkdMU21Id1Y2WTZFeEZ4dlE&output=html

PERANCANGAN AKTIVITI

https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/pub?hl=en&hl=en&key=0AhKR9z4R5_iZdGYzZDU5NVJUZ3ZpT0NPb2p4Y0lwZnc&output=html

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. giler panjang entry ni..
    asal x asingkan ikut kategori macam pengenalan,sejarah,lambang,lagu dll?
    senang org nak bace..
    klau dh panjang2 gini mmg org x bace sgt..

    ReplyDelete